Posts

Showing posts from November, 2019

Ovarian Cyst waktu mengandung

Image
# ApaKhabarBayiAnda [CYST di ovari waktu mengandung] Baru-baru ini doktor buat scan untuk sahkan kehamilan. Kebetulan ternampak cyst disebelah kiri ovary ibu. Ada satu kantung kecil (IUGS) didalam rahim ibu, anggaran usia kehamilan 4 minggu lebih. Kebanyakan cyst di peringkat awal pregnancy akan mengecut dan hilang. Cuma ianya akan ambil masa. Doktor akan pantau dan ulang scan untuk melihat saiz cyst dan juga perkembangan baby. Yang penting, jangan lupa pengambilan folic acid dan buka buku pink antenatal di klinik kesihatan ya 💋 #klinikkeluargakualamuda

Doktor bertugas di Klinik Keluarga Kuala Muda

Image
Jom berkenalan dengan Dr bertugas di Klinik Keluarga Kuala Muda. ================= Dr Zaharatul Najwa Bt Hamidi atau lebih mesra dengan panggilan Dr Najwa, memp unyai pengalaman lebih 12 tahun dalam bidang perubatan. Beliau yang berkelulusan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah mendapat latihan housemanship di Hospital Pulau Pinang.  Setelah 2 tahun di Jabatan Kardiologi, Dr Najwa meneruskan khidmatnya di beberapa buah Klinik Kesihatan sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Berpengalaman 9 tahun menguruskan kes-kes antenatal di peringkat primer / klinik serta berkebolehan melakukan ultrasound 2D/3D4D/5D. Beliau yang pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2012 peringkat Negeri Pulau Pinang, bagaimanapun telah mengembangkan kariernya di Klinik Swasta bermula 2015. Sangat berdekasi dan komited dengan tugasnya, mesra serta saling membantu. =================== Jom ke Klinik Keluarga Kuala Muda! =================== Unt

Karnival Sukan Negara 2019

Image
Tarikh : 10 Oktober 2019  Baru-baru ini, Klinik Keluarga Kuala Muda turun bersama-sama menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma bagi penduduk Kota Kuala Muda, Kedah sempena sambutan Karnival Sukan Negara. Program ini merupakan anjuran Pusat Komuniti Desa dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar bertempat di Sek Keb Bukit Kechil, Kota Kuala Muda. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Terima kasih di atas kerjasama semua pihak termasuklah guru-guru di SK Bukit Kechil. ********************************************** Hubungi Kami :  Klinik Keluarga Kuala Muda 20, Lorong Desa Kuala Muda 5, Desa Kuala Muda, 13100 Penaga, Pulau Pinang Tel : 010 3574870