Tentang Kami




SELAMAT DATANG 

KLINIK KELUARGA KUALA MUDA




Klinik Keluarga Kuala Muda merupakan cawangan ke 3 Klinik Keluarga selepas
Klinik Keluarga HQ - Pokok Sena & Klinik Keluarga Bertam Putra.


Lokasi :

20, Lorong Desa Kuala Muda 5, Desa Kuala Muda, 13100 Penaga, Pulau Pinang


Hubungi Kami : 010 3574870

Follow kami di FB :

Follow kami di IG :



==========================================================

OUR STORY


Klinik Keluarga adalah rangkaian klinik swasta yang diyakini dan telah memberi perkhidmatandalam bidang kesihatan selama 28 tahun. Ianya 100% dibangunkan dan dimiliki oleh bumiputera.

Klinik Keluarga diasaskan pada tahun 1991 oleh Dr Hassan Hj Ahmad, bertempat di Taman Mahsuri, Sg Dua, Pulau Pinang. Demi keselesaan pelanggan dan penambahbaikan, Klinik Keluarga kemudiannya berpindah dan beroperasi di Pokok Sena pada tahun 1996-2000, seterusnya ke Taman Koskam pada tahun 2000 sehinggalah sekarang.

Seiring dengan perkembangan, kepercayaan dan sokongan masyarakat setempat,
Klinik Keluarga telah berjaya menambah cawangan ke-2 di Bandar Putra Bertam pada Julai 2017 seterusnya cawangan terbaru di Kuala Muda, Penaga pada September 2019.



Doktor-doktor bertugas di Klinik Keluarga sentiasa komited dan konsisten dalam memberikan rawatan dan nasihat kesihatan yang baik serta profesional mengikut garis panduan perubatan yang terkini.

Klinik Keluarga berusaha menyediakan peralatan perubatan serba lengkap dan terkini termasuklah menyediakan ruang yang kondusif dan selesa sesuai dengan kehendak pelanggan. 

Dengan adanya teknologi  ultrasound scan 2D, 3D, 4D dan 5D, Klinik Keluarga seringkali menjadi pilihan bagi perkhidmatan scan dan pemeriksaan ibu mengandung
serta masalah berkaitan wanita seperti ketidakseimbangan hormon dan haid, pemeriksaan kesuburan, pap smear dan masalah ginekologi yang lain.



Selain pemeriksaan dan penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak, dewasa lelaki dan wanita serta warga tua, Klinik Keluarga juga menyediakan pelbagai perkhidmatan lain
termasuklah rawatan masalah kulit, pembedahan kecil, berkhatan, vaksinasi termasuklah vaksinasi kanak-kanak, haji & umrah.

Kemudahan sedia ada juga merangkumi pemeriksaan kesihatan seperti ujian darah, ECG dan nebulizer.

Klinik Keluarga keseluruhannya mempunyai impian yang besar dalam misi menambah baik kesihatan dikalangan komuniti disamping  mengekalkan kualiti perkhidmatan secara berterusan.





Dr Hafiz ; Doktor bertugas di Klinik Keluarga -HQ, Taman Koskam. 








Dr Nurul Huda ; Doktor bertugas di Klinik Keluarga Caw. Bertam.







Dr Najwa ; Doktor bertugas di Klinik Keluarga Caw. Kuala Muda.



=====================================================================



PERKHIDMATAN DI KLINIK KELUARGA KUALA MUDA 













SCAN 5D


SCAN 2D / TUMBESARAN DAN JANTINA





SUNAT BAYI PEREMPUAN





IKHTIAR HAMIL / MASALAH KESUBURAN





VAKSINASI UMRAH DAN HAJI

MENINGOCOCCAL / PNEUMOCOCCAL/ INFLUENZA




VAKSIN TAMBAHAN

PNEUMOCOCCAL / INFLUENZA






ECG




NEBULIZER


..DAN BANYAK LAGI.



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




APA KATA PELANGGAN KAMI?




















++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


HASIL SCAN 5D 


                                                 
                                                 

                                         


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


UNTUK PERTANYAAN

ATAU

BOOKING APPOINTMENT



Hubungi Kami : 010 3574870

Follow kami di FB :

Follow kami di IG :







Comments

Popular posts from this blog

Scan batu hempedu di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang

Ubat tahan period untuk haji & Umrah

SCAN RAHIM ATAU OVARI UNTUK TENGOK FIBROID ATAU CYST ?