Scan batu hempedu di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang


Hi semua!

#DrNajwa nak share video di klinik hari ni. Scan perut (abdomen) yang nampak batu dalam pundi hempedu.

Boleh tengok video 👇👇






Masalah batu hempedu ni memang selalu dikaitkan dengan corak pemakanan orang Malaysia (kitalah tu 😅) yang suka makanan berlemak.

Cecair hempedu ni sebenarnya penting untuk proses penyerapan dan pencernaan lemak.

Akibat ketidakseimbangan cecair hempedu dalam pundi hempedu ni (contohnya seperti berlebihan kolesterol), lama kelamaan boleh membentuk batu.




Apa simptom batu hempedu?

Kebanyakannya kita tak sedar pun ada batu hempedu kerana tidak sakit.

Simptom yang kerap berlaku ialah :-

1. Sakit ulu hati atau bahagian atas kanan abdomen. Kadangkala sakitnya seperti serangan gastrik.

Jadi kita selalu keliru,

"Aku ni gastrik ke, kenapa makan ubat gastrik tak mau baik?".



2. Selalunya sakit berlaku selepas makan sebab waktu itu pundi hempedu mengecut dan cecair hempedu akan dirembeskan untuk cerna lemak yang kita makan.

"Oh, patutlah selepas makan, baru rasa sakit".

"Makan ubat gastrik pun tak lega."



====



Berpesan-pesanlah kita,

Kurangkan makanan berlemak.



Kalau sakit pedih ulu hati berulang-ulang, dapatkan nasihat doktor.

Kalau perlu, boleh buat ultrasound.



====



Ditulis oleh Dr Najwa Hamidi

Klinik Keluarga Kuala Muda



#share jika bermanfaat.


Comments

Popular posts from this blog

SCAN RAHIM ATAU OVARI UNTUK TENGOK FIBROID ATAU CYST ?