Posts

Showing posts from May, 2020

𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐜𝐚𝐧 𝟑𝐃/𝟒𝐃/𝟓𝐃 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐞𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠?

Image
𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐡 𝐬𝐜𝐚𝐧 𝟑𝐃/𝟒𝐃/𝟓𝐃 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐞𝐦𝐨𝐬𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐛𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠? 🌹 🌹 🌹 🌹 40 minggu bayi bersama dengan ibu. Tentunya banyak masa mereka berinteraksi antara satu sama lain. Apabila ibu dapat melihat imej yang realistik, bentuk muka bayi serta gerakan bayi dalam bentuk video 4D, sedikit sebanyak ia mampu wujudkan perasaan sayang dan emosi yang positif. Ada ibu yang tersenyum dan menitiskan air mata waktu lihat bayi senyum, menguap, buka mata waktu scan 3D/4D/5D. Interaksi yang positif ini tentunya 'sampai' juga kepada bayi di dalam kandungan. Pun begitu, fungsi scan 3D/4D/5D tidaklah menggantikan kelebihan scan 2D (hitam putih) dalam melihat perkembangan bayi. Detail scan juga dibuat dalam bentuk scan 2D. Buat masa ini, ramai para ibu memilih untuk merasai sendiri pengalaman  scan 3D/4D/5D. Ianya jadi salah satu momen penting waktu mengandung dan tentunya setiap anak pengalamannya akan berbeza.

Tips naikkan Hb (hemoglobin bagi ibu mengandung

Image
KHAS IBU MENGANDUNG. HB kurang 11g/dL perlu bertindak segera! Apa nak buat? =========== Kurang zat besi (iron) boleh mengakibatkan kekurangan pembentukan sel darah merah. Ia boleh beri kesan kepada kandungan. Pernah dengarkan bayi lahir kecil akibat ibunya anemia? Pernah dengarkan ibu mengandung susah nafas dan penat akibat anemia sehingga perlu tambah darah? . . . Bagi mereka yang kekurangan zat besi (iron), boleh tengok tips mudah untuk naikkan Hb  👇🏻 👇🏻 Cara yang betul makan ubat tambah darah/zat besi:- 1. Makan ubat waktu perut kosong. Ini membantu proses penyerapan vitamin. Nak mudah ingat : ✅  Ambil pil zat besi 2 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan. 2. Vitamin C membantu penyerapan iron. Jadi, ambil vitamin anda dengan jus oren atau jus guava (jambu batu). 3. Elakkan ambil vitamin zat besi sekali dengan tablet kalsium/ubat gastrik cecair putih/produk tenusu/susu/yogurt. Semua ini mengganggu penyerapan zat besi dengan baik. Jika anda perlukan kalsium, ambil 2 jam selep