Posts

Showing posts from September, 2020

Scan batu hempedu di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang

Image
Hi semua! #DrNajwa nak share video di klinik hari ni. Scan perut (abdomen) yang nampak batu dalam pundi hempedu. Boleh tengok video 👇👇 Masalah batu hempedu ni memang selalu dikaitkan dengan corak pemakanan orang Malaysia (kitalah tu 😅) yang suka makanan berlemak. Cecair hempedu ni sebenarnya penting untuk proses penyerapan dan pencernaan lemak. Akibat ketidakseimbangan cecair hempedu dalam pundi hempedu ni (contohnya seperti berlebihan kolesterol), lama kelamaan boleh membentuk batu. Apa simptom batu hempedu? Kebanyakannya kita tak sedar pun ada batu hempedu kerana tidak sakit. Simptom yang kerap berlaku ialah :- 1. Sakit ulu hati atau bahagian atas kanan abdomen. Kadangkala sakitnya seperti serangan gastrik. Jadi kita selalu keliru, "Aku ni gastrik ke, kenapa makan ubat gastrik tak mau baik?". 2. Selalunya sakit berlaku selepas makan sebab waktu itu pundi hempedu mengecut dan cecair hempedu akan dirembeskan untuk cerna lemak yang kita makan. "Oh, patutlah selepa