Posts

Showing posts from June, 2020

Masalah penyusuan : tounge tie menyebabkan anak tak pandai menyusu

Image
Baby ada masalah penyusuan? Tak pandai menyusu? Cuba tengok, ada tak keadaan lidahnya begini? 'TOUNGE TIE' atau kita panggil 'lidah pendek'. 1. Ia berlaku apabila membran halus di bahagian bawah lidah melekat pada lantai mulut lalu menyebabkan pergerakan lidah terhad. 2. Hujung lidah tak dapat diangkat ke lelangit dan pergerakan ke kiri dan kanan juga terhad. 3. Ia boleh sebabkan masalah penyusuan (breastfeeding). 4. Waktu menyusu akan ada masalah lekapan yang tidak sempurna menyebabkan bayi tak dapat susu yang secukupnya. 5. Apabila penyusuan tidak sempurna, kenaikan berat badan bayi juga akan terganggu. 6. Jika lambat di rawat, boleh menyebabkan masalah pertuturan. Rawatan untuk TOUNGE TIE. 👉🏻  Doktor akan melakukan pemeriksaan mulut dengan terperinci. 👉🏻  Jika telah disahkan ada tounge tie, kes akan dirujuk kepada pakar untuk rawatan seterusnya. 👉🏻  Sedikit potongan akan dilakukan untuk melepaskan membran yang terikat tadi. Ditulis oleh, DR  Najwa Hamidi Klinik

Ubat Cacing untuk kanak-kanak

Image
Tahun 2020 masih ada lagi kena jangkitan cacing ?  😱 Ya, sebab ADA, itu yang doktor nak cerita... 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗞𝗔𝗛 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗖𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗥𝗢𝗡𝗜𝗞, 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗧? Mari doktor cerita lanjut... . . . Anak-anak kita yang sedang membesar, ada BIG JOB mereka sendiri  🤩 . Ya sahabat semua, Mereka sedang membina tulang, mengasah minda, melawan penyakit, membina imuniti dan lain-lain lagi. Badan mereka yang kecil ini, jika ada 'pencuri' di dalam usus mereka, boleh akibatkan mudarat. ==== JANGKITAN CACING. Sejenis parasit yang hidup didalam usus, mencuri nutrisi anak-anak, berbulan malah boleh bertahun lamanya. 'Pencuri' hanya bersaiz kecil tetapi kesannya besar kepada anak-anak. Antara gejala jangkitan cacing : 👉🏻 Sakit perut 👉🏻 Loya muntah 👉🏻 Cirit birit 👉🏻 Lemah badan Jika berterusan, ia boleh akibatkan masalah seperti : 👉  kekurangan nutrisi 👉  kekurangan

RAWATAN KESUBURAN UNTUK HAMIL DI PENANG & BERDEKATAN KEDAH

Image
𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 : 𝗨𝗝𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗜𝗥 𝗠𝗔𝗡𝗜 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗞𝗛𝗧𝗜𝗔𝗥 𝗛𝗔𝗠𝗜𝗟. Betulkah orang kata air mani pekat itu confirm subur dan elok? . . . Yang sebenarnya kita tak tengok berapa pekat air mani, tapi kita tengok kepada kualiti sperma didalamnya. . . Hari ini kami kongsikan sedikit tentang kepentingan buat ujian air mani (seminal fluid analysis). 𝗔𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗮𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 : 𝟭. 𝗕𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗶𝗿 𝗺𝗮𝗻𝗶. 𝟮. 𝗧𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝘀𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. 𝟯. 𝗕𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗼𝗿𝗳𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝘀𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮. Yang selalu #DrNajwa sebutkan waktu konsultasi kesuburan di Klinik Keluarga Kuala Muda ialah, Kita nak tengok jumlah sperma normal atau tidak? Cukup atau sedikit? Atau mungkin ZERO sperma. Berapa banyak sperma yang boleh berenang laju? Berapa banyak yang bergerak perlahan atau yang langsung tak bergerak? Bentuk sperma normal atau tidak? Ada kecacat

JANGKITAN TONSIL, APA NAK BUAT?

Image
JANGKITAN TONSIL. Siapa pernah kena? Rupanya ada yang confuse. Ingatkan tonsil sama dengan kelenjar tiroid. Tak sama OK!  😄 Semua orang ada tonsil. Tapi bukan semua orang pernah kena jangkitan tonsil. . . Tonsil ini memainkan peranan dalam sistem imun kita dimana ia bertindak sebagai barisan pertahanan melawan virus atau bakteria yang masuk melalui pernafasan atau mulut. Inflamasi atau jangkitan tonsil boleh menyebabkan kemerahan dan bengkak kepada tonsil lalu menyebabkan sakit tekak dan kemungkinan ada demam yang tinggi. Selain itu, ia mungkin sebabkan susah nak menelan makanan, bengkak kelenjar sekitar tengkuk dan komplikasi bernanah (peritonsillar abscess). Paling selalu jangkitan ini disebabkan oleh virus dan bakteria. . . Apa nak buat apabila anda terkena jangkitan tonsil? 1. Banyakkan minum air kosong. 2. Dapatkan rehat yang cukup. 3. Berkumur dengan air suam. 4. Boleh ambil lozenges (ubat kulum sakit tekak) 5. Boleh ambil makanan yang sejuk seperti aiskrim untuk mengurangkan ra