Tips naikkan Hb (hemoglobin bagi ibu mengandung




KHAS IBU MENGANDUNG.
HB kurang 11g/dL perlu bertindak segera!

Apa nak buat?

===========

Kurang zat besi (iron) boleh mengakibatkan kekurangan pembentukan sel darah merah. Ia boleh beri kesan kepada kandungan.

Pernah dengarkan bayi lahir kecil akibat ibunya anemia?

Pernah dengarkan ibu mengandung susah nafas dan penat akibat anemia sehingga perlu tambah darah?
.
.
.
Bagi mereka yang kekurangan zat besi (iron), boleh tengok tips mudah untuk naikkan Hb 👇🏻👇🏻



Cara yang betul makan ubat tambah darah/zat besi:-


1. Makan ubat waktu perut kosong. Ini membantu proses penyerapan vitamin.

Nak mudah ingat :
 Ambil pil zat besi 2 jam sebelum makan atau 2 jam selepas makan.


2. Vitamin C membantu penyerapan iron. Jadi, ambil vitamin anda dengan jus oren atau jus guava (jambu batu).


3. Elakkan ambil vitamin zat besi sekali dengan tablet kalsium/ubat gastrik cecair putih/produk tenusu/susu/yogurt. Semua ini mengganggu penyerapan zat besi dengan baik. Jika anda perlukan kalsium, ambil 2 jam selepas makan pil zat besi.


4. Elak ambil minuman berkafein seperti teh/kopi. Bagi peminum kopi tegar (susah kalau tak dapat minum kopi), hadkan pengambilan kopi kepada satu cawan sahaja. Jarakkan pengambilan kopi 2 jam selepas makan pil zat besi.


===


PILIHAN MAKANAN YANG BANTU NAIKKAN HB.


1. Semua sayuran hijau gelap mempunyai zat besi. Antara yang tinggi zat besi ialah bayam, brokoli & sawi. Banyakkan makan sayuran ya! Ia juga bantu ibu yang sembelit.

2. Banyakkan sumber haiwan seperti daging merah, ayam, kuning telur & ikan.

3. Organ dalaman seperti hati boleh di ambil tetapi elak berlebihan kerana tinggi kandungan kolesterol.

4. Kerang. Jika anda ambil makanan bercangkerang, pastikan ia cukup masak ya!

5. Buah-buahan seperti pisang, epal, avocado. Kekacang seperti kacang merah, walnut, almond. Kurma, kismis dan bijirin seperti oat.


Ditulis oleh,
Dr Najwa Hamidi
Klinik Keluarga Kuala Muda
http://www.wassap.my/0127374870/

====

Dipersilakan SHARE kepada ahli keluarga dan kenalan anda supaya lebih ramai dapat manfaat dari tips ini.

#klinikkeluargakualamuda #klinikpilihan #seisikeluarga #naikkanhb #ibumengandung

Comments

Popular posts from this blog

Scan batu hempedu di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang

SCAN RAHIM ATAU OVARI UNTUK TENGOK FIBROID ATAU CYST ?