Rezeki hamil setelah jalani konsultasi dan rawatan kesuburan di utara
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, sebaik-baik perancang. Puan Iz, direzekikan hamil setelah berikhtiar jalani konsultasi dan rawatan kesuburan. Kisahnya bermula sekitar tahun lepas, saya ditakdirkan bertemu dengan Puan Iz di klinik. Sesungguhnya penantian itu sangat lama kerana anak sulung (lelaki) beliau sudah pun mencecah umur 10 tahun. Kerinduan memangku dan membelai bayi kecil menjadikan beliau tak pernah berputus harap. Bagi saya, Puan Iz adalah seorang ibu yang tinggi semangat juangnya. Beliau bermula dengan proses konsultasi bagi masalah kesuburan seterusnya melakukan ultrasound bagi melihat keadaan sistem peranakan seperti rahim dan ovari. Kesemuanya normal termasuklah laluan tiub fallopio beliau. Hasil ujian darah mendapati keadaan hormonnya sedikit rendah dan seterusnya melalui beberapa kitaran rawatan kesuburan. Pihak suami juga menjalani ujian semen analysis (sample air mani) bagi melihat tahap kesihatan sperma. Apa yang saya k...