Rezeki hamil setelah jalani konsultasi dan rawatan kesuburan di utara



Alhamdulillah segala puji bagi Allah, sebaik-baik perancang.



Puan Iz, direzekikan hamil setelah berikhtiar jalani konsultasi dan rawatan kesuburan.

Kisahnya bermula sekitar tahun lepas, saya ditakdirkan bertemu dengan Puan Iz di klinik. Sesungguhnya penantian itu sangat lama kerana anak sulung (lelaki) beliau sudah pun mencecah umur 10 tahun. Kerinduan memangku dan membelai bayi kecil menjadikan beliau tak pernah berputus harap.



Bagi saya, Puan Iz adalah seorang ibu yang tinggi semangat juangnya.

Beliau bermula dengan proses konsultasi bagi masalah kesuburan seterusnya melakukan ultrasound bagi melihat keadaan sistem peranakan seperti rahim dan ovari. Kesemuanya normal termasuklah laluan tiub fallopio beliau.

Hasil ujian darah mendapati keadaan hormonnya sedikit rendah dan seterusnya melalui beberapa kitaran rawatan kesuburan. Pihak suami juga menjalani ujian semen analysis (sample air mani) bagi melihat tahap kesihatan sperma.

Apa yang saya kagum ialah dalam masa yang sama, Puan Iz tidak berputus asa menurunkan berat badannya serta mengikuti semua temujanji yang diaturkan.

                                                                            ******

Benar, sesi konsultasi yang berulangkali adakalanya membuatkan pasangan jemu dan fed up. Ada yang berhenti separuh jalan. Ada sesetengah kes yang mana perlu dirujuk ke Hospital Pakar bagi menjalani rawatan seterusnya seperti IUI & IVF.

Tidak ada magik. Malah tidak pula ada jaminan 100% confirm jadi. Kita ini sebagai hambaNya, hanyalah berikthtiar sehabis baik, berusaha, tawakal dan terus-terusan berdoa.


"Dengan izin Tuhan, pada April 2019, beliau disahkan hamil."



Terima kasih Puan Iz, sudi datang ke Klinik Keluarga Kuala Muda jalani scan 5D.



Saya dan team di Klinik Keluarga Kuala Muda tumpang gembira kerana menjadi sebahagian dari perjalanan indah kehamilan beliau kali ini. Kami kesemuanya mendoakan yang terbaik bagi Puan Iz sekeluarga. Semoga dilancarkan proses kehamilan dan kelahiran nanti.

Dr Najwa
Klinik Keluarga Kuala Muda


                                                                         **********


KAMI DENGAR MASALAH ANDA

DAPATKAN KONSULTASI  DAN RAWATAN MASALAH KESUBURAN DI UTARA





LOKASI :

KAW. 1-20 LOT KEDAI DESA KUALA MUDA,
TAMAN DESA KUALA MUDA
13100 PENAGA, PULAU PINANG.

TEL : 010 3574870








Comments

Popular posts from this blog

Scan batu hempedu di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang

SCAN RAHIM ATAU OVARI UNTUK TENGOK FIBROID ATAU CYST ?