Berjaya menyusukan anak angkat hasil rangsangan pengeluaran susu


Merangsang pengeluaran susu dan berjaya menyusukan anak angkat


Persediaan menyusukan anak angkat atau menjadi ibu susuan kepada anak angkat ini bukanlah suatu perkara yang mudah, namun bukanlah sesuatu yang mustahil.
Ia bermula dengan niat yang baik, hati yang cekal dan sabar, kerajinan menambah ilmu serta sokongan yang tak berbelah bahagi dari insan terdekat (seperti suami dan keluarga).
.........


Hari ini ingin saya kongsikan kisah kejayaan seorang ibu yang berjaya menjadi ibu susuan kepada anak angkat beliau. Pasangan ini sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.
Kisah asal bayi ini, siapa ibu kandungnya, bagaimana kisahnya sehingga kelahiran, biarlah saya rahsiakan.
Pendapat saya, bayi ini sangat beruntung. Ibu angkatnya datang berjumpa saya 2-3 bulan sebelum tarikh bayi dijangka bersalin. Beliau datang minta nasihat, bagaimana cara nak menyusukan anak angkat.
Peringkat permulaan, kerap saya ulang cakap, berjayanya kita bukan atas sebab ubat rangsangan semata, bukan atas sebab doktor, tetapi banyak dipengaruhi oleh kesungguhan dan disiplin ibu itu sendiri.
Kita cuba bantu yang mana boleh.
Berdoalah selalu agar Allah permudahkan jalan.
Ubatan bersifat hormonal untuk merangsang pengeluaran susu dimulakan dan diteruskan dengan ubat tambah susu. Untuk makluman, sebarang ubatan hendaklah dibawah preskripsi dan pantauan doktor kerana setiap ubatan bukan sesuai untuk semua orang.
Kemudian kami berbincang tentang pentingnya mengepam secara berterusan dan perlunya menyusukan anak secara terus apabila anak sudah ada bersama. Selain itu ada juga disentuh mengenai pemakanan berkhasiat bagi ibu yang menyusukan dan senarai makanan yang bantu menambah susu.

Alhamdulillah.
Rezeki ibu ini boleh menyusukan bayi sepenuhnya selama 3 bulan.

Kesanggupan seorang wanita/ibu yang mahukan anak angkatnya disusukan, melalui fasa rangsangan dengan ubat, mengepam tanpa putus asa, menahan perit nipple yang melecet, kemudian sambung pula dengan direct feeding…
Mudahan Tuhan memberi ganjaran besar kepada ibu ini.
Suaminya sangat positif. Hadir setiap kali sesi temujanji. Jika dulu, siangnya suami bekerja dan malam sambung berniaga part time dengan isteri.
“Sejak dari mula nak ambil dia, sampai sekarang, kami dah tak kerja part time lagi. Memang habis kerja siang, malam duduk dirumah”.
========

Begitulah hidup ini,
Sampai waktu, Tuhan beri kita kecukupan dan kadangkala datang rezeki yang tak kita jangka.

Teruslah berusaha tanpa putus asa.


Dr Najwa Hamidi
Rakan Breastfeeding anda,
Klinik Keluarga Kuala Muda

.
.
.
Anda ada masalah berkaitan Penyusuan Susu Ibu?

Dapatkan konsultasi di Klinik Keluarga Kuala Muda.




Comments

Popular posts from this blog

Scan batu hempedu di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang

SCAN RAHIM ATAU OVARI UNTUK TENGOK FIBROID ATAU CYST ?