Jankitan KAYAP atau SHINGLES




AWAS⚠️
JIKA anda alami ruam merah dan ada gelembung air seperti ini. Ini adalah KAYAP @ SHINGLES.


1. Ia disebabkan oleh jangkitan virus iaitu Varicella Zoster. Virus yang sama menyebabkan Chicken Pox.


2. Ia bukan sahaja sakit, malah boleh sebabkan kerosakan saraf.


3. Kebiasaannya sebelum timbul ruam, anda akan berasa tidak sedap badan, sakit-sakit badan seperti sakit otot yang menyucuk.


4. Kemudian akan timbul kemerahan pada kulit. Hari ke 4-5 barulah timbul gelembung air.


5. Sakitnya seperti menyucuk tajam, mungkin berasa gatal dan kebas.


6. Ada juga yang alami demam, loya dan muntah, cirit-birit dan sakit kepala.


7. Jangkitan kayap berdekatan mata boleh menyebabkan kerosakan mata.


8. Risiko mendapat jangkitan ini meningkat apabila sistem imun kita rendah contohnya seperti warga tua, pesakit kencing manis, HIV, pesakit transplant organ, ataupun mereka yang alami stress.


9. Jika anda alami tanda-tanda di atas, segeralah berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan antiviral.


10. Rawatan antiviral bantu mempercepatkan proses baik pulih dan mengurangkan komplikasi jangkitan.








Ditulis oleh,
Dr Najwa Hamidi
Klinik Keluarga Kuala Muda


Jom LIKE & FOLLOW page kami Klinik Keluarga Kuala Muda.
Ada banyak tips kesihatan & info menarik yang kami kongsikan.

#KLINIKKELUARGAKUALAMUDA #KLINIKPILIHAN #SEISIKELUARGA





Comments

Popular posts from this blog

Scan batu hempedu di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang

SCAN RAHIM ATAU OVARI UNTUK TENGOK FIBROID ATAU CYST ?