PENERIMAAN PESAKIT DI KLINIK KELUARGA KUALA MUDA BERIKUTAN COVID 19



TATACARA PENERIMAAN PESAKIT

DI KLINIK KELUARGA KUALA MUDA.





Para pelanggan yang dihormati,

Sila ikuti langkah berikut bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit / virus.

Bagi mengurangkan risiko dan penularan wabak Covid-19, pihak pengurusan klinik mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan semua staff dan pelanggan kami.

1) Pesakit akan disaring terlebih dahulu di luar pintu masuk klinik.

2) Bagi mereka yang demam / batuk / selsema, Doktor akan menjalankan pemeriksaan awal di kaunter saringan.

3) Bagi pesakit yang berisiko tinggi untuk Covid-19 akan dirujuk terus ke Hospital berdekatan.

4) Pesakit wajib mencuci tangan dengan menggunakan hand sanitizer yang disediakan oleh pihak klinik sebelum memasuki premis.

5) Sila pakai mask bagi mereka yang mempunyai simptom batuk, sakit tekak, selsema dan demam.

6) Hanya seorang pesakit dan seorang peneman sahaja dibenarkan masuk ke bilik rawatan.

7) Elakkan bawa anak-anak kecil yang sihat ikut serta ke klinik.

8) Kekalkan jarak antara pesakit ; 1 meter di ruang menunggu.

9) Hanya 5 orang sahaja dibenarkan berada dalam klinik untuk satu-satu masa.

10) Jika pesakit terlalu ramai, anda dinasihatkan tunggu sebentar diluar atau didalam kereta. Staff klinik akan maklumkan untuk masuk.

11) Klinik kami tidak menyediakan saringan atau pengambilan sample Covid-19. Mereka yang berisiko dikehendaki terus ke Klinik Kesihatan atau Hospital berdekatan untuk saringan.

Kami juga berharap semua pesakit jujur dan telus dalam memberikan informasi sejarah kesihatan di kaunter saringan.
🙏🏻🙏🏻

Di harap semua pelanggan dapat memberi kerjasama dengan sebaik mungkin demi keselamatan kita bersama.

Klinik Keluarga Kuala Muda


Comments

Popular posts from this blog

Scan batu hempedu di Klinik Keluarga Kuala Muda, Penang

SCAN RAHIM ATAU OVARI UNTUK TENGOK FIBROID ATAU CYST ?