Hi semua! #DrNajwa nak share video di klinik hari ni. Scan perut (abdomen) yang nampak batu dalam pundi hempedu. Boleh tengok video ππ Masalah batu hempedu ni memang selalu dikaitkan dengan corak pemakanan orang Malaysia (kitalah tu π ) yang suka makanan berlemak. Cecair hempedu ni sebenarnya penting untuk proses penyerapan dan pencernaan lemak. Akibat ketidakseimbangan cecair hempedu dalam pundi hempedu ni (contohnya seperti berlebihan kolesterol), lama kelamaan boleh membentuk batu. Apa simptom batu hempedu? Kebanyakannya kita tak sedar pun ada batu hempedu kerana tidak sakit. Simptom yang kerap berlaku ialah :- 1. Sakit ulu hati atau bahagian atas kanan abdomen. Kadangkala sakitnya seperti serangan gastrik. Jadi kita selalu keliru, "Aku ni gastrik ke, kenapa makan ubat gastrik tak mau baik?". 2. Selalunya sakit berlaku selepas makan sebab waktu itu pundi hempedu mengecut dan cecair hempedu akan dirembeskan untuk cerna lemak yang kita makan. "Oh, patutlah selepa...
5 perkara wanita perlu tahu berkaitan sistem peranakan anda! Siapa pernah alami masalah ni? 1. Masalah senggugut yang teruk 2. Period tak teratur / period panjang dan banyak / tak datang period. 3. Sukar hamil 4. Kerap sakit bahagian abdomen bawah / sakit bahagian ari-ari. 5. Pendarahan waktu bersama atau selepas bersama suami. 6. Bengkak atau ketulan dalam perut. 7. Sudah menopaus tetapi ada pendarahan dari vagina secara tiba-tiba. . . Sistem peranakan kita terdiri daripada serviks, ovari, rahim dan saluran tiub fallopian. Jika berlaku sesuatu yang tak normal pada sistem ini, ia mungkin akan memberi kesan kepada # wanita terutama sekali bagi mereka yang sedang berusaha untuk hamil.. . . Antara masalah yang selalu kita jumpa ialah :- 1. Cyst 2. Fibroid 3. Ketumbuhan tak normal di ovari atau rahim. 4. Kehamilan luar rahim. 5. Masalah berkaitan organ di sekitar bahagian pelvik seperti pundi kencing. Scan ini dapat membantu dari segi diagnosis masalah berkaitan sistem peranakan...
Yang dah BERKAHWIN atau belum berkahwin tapi PERNAH lakukan hubungan seksual, WAJIB baca ni! π π π π Adakah kita AKTIF secara SEKSUAL? ADA 5 FAKTA tentang KANSER SERVIKS yang kita PERLU TAHU. 1. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim berlaku apabila sel-sel dinding serviks berubah menjadi tidak normal seterusnya menjadi kanser. 2. Kebanyakan kes adalah disebabkan oleh jangkitan virus HPV ; HUMAN PAPILLOMA VIRUS. 3. Ada banyak jenis virus dalam keluarga HPV. Tetapi jenis HPV 16 & HPV 18 adalah yang paling berisiko menyebabkan kanser serviks. 70% kes kanser serviks disebabkan oleh HPV-16 & HPV-18. 4. Jangkitan HPV ini kerap berlaku dikalangan orang dewasa yang aktif secara seksual. Dalam kebanyakan kes, ianya boleh pulih dengan sendirinya. Tetapi bagi sesetengah kes, virus HPV ini akan kekal dan boleh menyebabkan risiko perubahan sel yang tak normal seterusnya menjadi kanser. 5. Jika anda mempunyai pasangan seks lebih dari seorang, merokok, p...
Comments
Post a Comment